Wednesday 10 April 2013

GAMBAR - GAMBAR

Beras Terbakar & Kereta kabel Langkawi

Beras Terbakar merupakan tempat yang didakwa terdapatnya beras terbakar selepas tewasnya Datuk Kerma Wijaya mempertahankan Pulau Langkawi daripada serangan musuh iaitu angkatan tentera Siam. Tempat ini terletak di Kampung Raja, Mukim Padang Matsirat. Kawasan ini kini terletak di dalam kawasan tanah milik perseorangan.

SEJARAH



Mengikut cerita orang terdahulu, Pemerintahan Pulau Langkawi bertempat di Kampung Raja. Selepas kejadian pembunuhan Mahsuri atas perintah Datuk Kerma Wijaya, Pulau Langkawi telah diserang oleh pihak Siam. Pertempuran yang dahsyat sehingga mengorbankan Datuk Kerma Wijaya dan panglima-panglima yang hebat telah berlaku di Selat Berhala Balik yang kini merupakan selat jalan masuk ke Pelabuhan Kuah sekarang.
Melihat kepada keadaan yang tidak memihak kepada pihak Datuk Kerma Wijaya, beliau telah mengarahkan penduduk Langkawi supaya menanam beras simpanan yang ada agar tidak jatuh ke tangan pihak musuh. Kesan kekalahan itu telah menyebabkan beras simpanan yang ditanam itu telah terbakar. Kekalahan Datuk Kerma Wijaya dan kejadian beras terbakar dikatakan ada kaitan dengan Sumpahan Mahsuri.

Panduan Perjalanan
Selepas melalui pelbagai cabaran dan proses pembangunan, kini kawasan beras terbakar telah dipagar sebagai tanda letaknya tapak beras terbakar. Kawasan ini terletak di dalam kawasan tanah persendirian di kawasan Padang Mat Sirat. Untuk ke kawasan beras terbakar, anda perlu melalui kawasan bazar yang terdapatnya kedai-kedai kecil yang menjual pelbagai barangan seperti kain batik, produk berasaskan gamat dan cenderamata. Di penghujung laluan, akan kelihatan pintu masuk ke sebuah rumah Melayu tradisional. Sebaik melepasi pintu masuk, di sebelah kiri anda akan terletaknya tapak beras terbakar.

Kereta kabel Langkawi terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Kereta kabel ini mula dibuka kepada umum pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan kareta kabel di Switzerland.
Asalnya sistem pengurusan kereta kabel ini dikendalikan oleh Langkawi Cable Car. Namun kini, ia diselenggara dan diuruskan oleh Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB), iaitu anak syarikat milik penuh Syarikat Prasarana Negara Berhad. Sistem pengangkutan kereta kabel ini dibina dari April 2001 hingga Ogos 2004. Panjang keseluruhan kabel ialah 919.5 meter dan telah mencipta rekod Malaysian Book of Records.

CARA KE SANA
Dari Jeti Kuah, pengunjung boleh menyewa kereta (RM100 untuk Proton Saga) terus pergi ke Oriental Village di kaki Gunung Mat Chinchang. Jauhnya 30 minit dari pekan Kuah. Dari jauh lagi pengunjung berpeluang dapat melihat kereta kabel kelihatan terapung-apung tinggi di udara. Tiket dijual pada harga RM30.00 seorang untuk dewasa dan RM20.00 bagi kanak-kanak. Warganegara Malaysia dengan MyKad biasanya akan diberikan potongan harga khusus. Waktu operasi biasanya diantar pukul 9.30 am hingga 7.00 pm. Tidak ada perkhidmatan kereta kabel disediakan pada waktu malam. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa naik ke atas kerana akan mencemarkan alam sekitar terutama jika dibuang dari kereta kabel.

GONDOLA
Pengunjung akan diminta masuk ke dalam gondola yang mempunyai 6 tempat duduk. Gondola ini tidak berhenti, jadi pengunjung mesti segera menaikinya dalam tempoh masa yang sesuai. Gondola ini selamat digunakan dan tidak olang-aling atau berayun. Mungkin rasa gementar sedikit ketika tiba di menara pemindahan.
Gondola akan tiba di puncak pertama yang jauhnya 1700 meter dan tingginya 650 meter dari aras laut. Pengunjung boleh menikmati keindahan puncak bagaikan dari dalam sangkar burung garuda.
Kemudian sambung perjalanan lagi 450 meter panjang ke atas dengan kereta kabel lagi untuk puncak sebenar Gunung Mat Chinchang. Pengunjung akan dapat merasai perbezaan suhu, kelajuan angin, titis hujan, kabus dan kelaianan jenis pokok dari setiap ketinggian.
Di tengah-tengah perjalanan, janganlah pandang ke bawah jika rasa gayat. Walau bagaimanapun kareta kabel ini amat selamat kerana menggunakan teknologi Austria dan Switzerland.
Di puncak, terdapat pelantar tinjau dan lihatlah keindahan pemandangan Lautan Hindi dan Laut Andaman yang luas terbentang. Pulau-pulau di selatan Thailand juga jelas kelihatan dari sini.Pengunjung juga dapat menyaksikan pendekatan teknologi pembinaan titian gantung sepanjang 125 meter yang unik kerana alam sekitar tidak terjejas langsung atas pembinaan jambatan ini. Gunung batu kapur jelas menonjol. Suasana kemerahan semasa matahari terbenam beberapa minit di ufuk Lautan Hindi. Suhunya lebih sejuk 5' darjah berbanding suhu biasa.

TITIAN GANTUNG
Titian gantung kereta kabel Langkawi atau Langkawi SkyBridge merupakan salah satu daya tarikan yang unik di kompleks kereta kabel Langkawi. Ia siap dibina pada tahun 2004, titian gantung yang melengkung ini dibina diatas puncak Gunung Mat Chinchang. Dihubungkan dari stesen puncak, titian ini tergantung dari 82m tinggi dari tiang tunggal dan jarak dari tanah puncak adalah 100m. Titian ini unik kerana, walaupun ia tergantung tetapi ia hanya dipaut oleh tali-tali yang dinat kemas oleh sebatang tiang penahan. sealain itu, strukturnya yang melengkung dilereng puncak tanpa menjejaskan tumbuhan-tumbuhan semulajadi dibawahnya.
Panjang titian gantung ini ialah 125m sekaligus menjadikan ia diantara struktur jambatan tergantung melengkung yang terpanjang didunia.
Kaedah pembuatan jambatan/titian ini dilihat agak sukar kerana melibatkan beberapa elemen kritikal diantaranya; mengimbangkan struktur jambata panjang yang melengkung di lereng puncak dengan hanya berpautkan pada beberapa tali keluli yang disandarkan pada tiang tunggal. Selain itu, ia melibatkan pengurusan berat yang optimal, pengedaran bahan-bahan pembinaan dan perancangan dan pemetaan tapak kukuh. Uniknya, semua kerja-kerja penghantaran bahan pembinaan ke puncak gunung hanya melibatkan helikopter sebagai medium pengangkutan dan pemindahan utama sehinggalah jambatan berjaya disiapkan sepenuhnya

Muzium Sains

Bangunan bawah mempamerkan pelbagai batuan zaman Cambrian. Terdapat pelbagai gambar yang penerangan yang menarik.

Oriental Village



Tapak Oriental Village ini terdapat 30 rumah mengikut kebudayaan dunia. Antaranya rumah gaya Jepun di mana pengunjung akan dilayan oleh pelayan berpakaian kimono, makan atas meja Jepun, sushi, sake dan lain-lain makanan. Panorama dibina bagi melahirkan rasa santai seakan-akan bersama geisya di kaki Gunung Fuji. Di hadapannya ada tasik yang penuh dengan bunga teratai dan jambatan lengkung di Jepun.
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) mahu menjadikan Oriental Village sebagai zon fesyen sedunia. Tapak perkhemahan sedang disediakan di tepian sungai untuk pelancong yang ingin, menikmati keindahan kaki Gunung Mat Chinchang.

Denai hutan



Denai hutan juga disediakan kepada mereka yang mempunyai kekuatan fizikal. Trail hutan ini dari Air Terjun Telaga Tujuh berhampiran kaki Gunung Mat Chinchang. Sepanjang trail ini, pokok-pokok telah ditandakan supaya pendaki tidak sesat barat. Kem Saintis dan Kem Mat Pauh boleh digunakan untuk berehat dan berkhemah.

Telaga Tujuh



Dari kereta kabel, pengunjung dapat melihat tujuh buah air terjun di kaki bukit. Airnya putih jernih, mengalir bertingkat-tingkat atau bertangga-tangga.





Pulau Dayang Bunting & Makam Mahsuri


Pulau Dayang Bunting merupakan pulau yang terbesar selepas Langkawi di Kedah. Ia terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Jalan perhubungan hanya melalui bot laju yang boleh disewa di jeti pekan Kuah, pulau Langkawi dengan kadar pakej RM45.00 seorang.
Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting.
Antara tempat yang menarik di sini ialah Tasik Dayang Bunting dan Gua Langsuir. Gua Langsuir terletak di tengah perjalanan ke Tasik Dayang Bunting. Gua ini adalah akibat kesan hakisan ombak laut jutaan tahun lampau. Terdapat bentuk-bentuk tergantung iaitu stalagtik yang mempunyai pelbagai bentuk - lalu dinamakan langsuir.
Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak. Sebuah jeti telah dibina di tepian pulau Dayang Bunting untuk bot-bot pelancong singgah. Tangga-tangga dibina ke atas dan kemudian kemudian menurun ke bawah - jaraknya 1 km sahaja . Sebuah pelantar dibina di tepi tasik dan disediakan jaket keselamatan dan bot berdayung dengan kaki dengan sewaan RM15.00 . air tasiknya hijau jernih dan menimbulkan panorama yang menarik.

Pulau Langkawi dan Kepentingan Pulau Dayang Bunting


Pulau Langkawi merupa Pulau yang strategik di dalam pertahanan Negeri Kedah dalam pergolakan sejarah dari ancam Siam. Ia merupakan benteng awal dan pusat tinjau pergerakan musuh yang melalui jalan laut. Dari Gunung Mat Chinchang seluruh Langkawi dapan di pantau. Ia juga laut sekeliling terutama laluan ka Kuala Kedah Pengkalan kepada ibu Negeri Kedah. Oleh kerana negeri Kedah menghadapi kemarau lebih empat bulan setahun (Dis hingga April) bekalan air amat penting kepada orang Langkawi khusus nya pelaut dan nelayan. Sebab itu takungan air tawar membuat pulau itu menjadi penting. Oleh kerana zaman dulu tiada rujukan lokasi secara moden semua lokasi di beri dalam rupa bentuk supaya Nelayan mudah mencari. Jadi sifat bentuk orang mengandung sedang tidur menjadi rujukan Pulau Dayang Bunting.Kepentingannya di zaman dahulu ialah untuk mendapat bekalan air tawar.

Geologi Pulau Dayang Bunting dan Kejadian Kolam Takungan atas paras laut


Pulau Dayang Bunting dan kebanyakan pulau pulau di sekitar kawasan tersebut adalah terdiri dari batu mendap jenis batu kapur.Oleh kerana batu kapur mudah lulur hawa kebanyakan bukit terbentuk dari kapur menegak. Ia terjumpa di banyak kawasan di Semenanjung seperti Bukit Temiang ,Perlis,Gunung Keriang Kedah dan Gugusan Gua Tempurung di Ipoh,Batu Cave di Kuala Lumpur. Hakisan air menyebabkan terbentuk gua dan staglatite(mengantung) dan staglatmite(membusut).Gua ini hasil hakisan air hujan asid bercarbonate. Keadaan yang sama berlaku di Pulau Bidan ia lah lulur hawa air hujan berasid bertahun menjadikan rekahan membesar menjadi gaung dan tasik.Oleh kerana air hujan yang terkumpul ia adalah air tawar berbading air laut di sekeliling.

Makam Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah.
Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat.
Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.

Gunung Mat ChinChang & Pekan Kuah


Gunung Mat Chinchang yang terletak di LangkawiKedah mempunyai ketinggian setinggi 713 meter (2,339 kaki). Di sini juga terdapat kereta kabel untuk pelancong naik ke atas puncak gunung Mat Chinchang. Dari puncak, pelancong boleh melihat pemandangan dan pulau-pulau di sekitar Pulau Langkawi.
Gunung Mat Chinchang mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.
Kereta Kabel
Sektor pelancongan di pulau Langkawi semakin menarik dengan adanya kereta kabel di Gunung Mat Chinchang ini. Teknologi kereta kabel dari Austria danSwitzerland berpengalaman membina menara kereta kabel di kawasan pergunungan salji untuk luncur salji. Dari punca puncak gunung ini, anda dapat melihat permandangan gunung dan bukit serta laut yang menghadap ke Lautan Hindi. Lautan Hindi luas terbentang dan angin bertiup kencang , kabus putih terutama selepas hujan.
Peminat aktiviti mendaki bukit, bolehlah mencuba denai-denai yang penuh cabaran sama ada untuk naik atau turun. Di puncak gunung ini, disediakan lapangan , laluan dan titian meninjau keindahan hutan dipterokarp yang berusia jutaan tahun, kekal tidak berusik. Jenis pokok di puncak gunung ini agak berbeza kerana saiznya lebih kecil dan akar cengkam yang berselirat mengikat lantai bumi.

Pekan Kuah merupakan pekan dan pintu masuk utama pulau LangkawiKedah. Arca helang yang merupakan simbol Langkawi yang terkenal terletak di Kuah.
Sejarah
Pekan Kuah mendapat namanya daripada peristiwa kuah gulai yang tertumpah mengenangi kawasan itu. Periuk yang berisi air panas tertumpah ke tempat yang dinamai Ayer Hangat, lantas menyerap ke sebuah paya yang kini dikenali KisapSelat Cincin dipercayai berasal daripada pemegang jag air yang terpelanting membelah Pulau Langkawi dan Pulau Terutau.
Pergaduhan gergasi antara Mat Chinchang dan Mat Raya yang berlanjutan menyebabkan kilat dan petir sambar-menyambar, sehingga sekelip mata kedua-duanya menjelma menjadi gunung kini Gunung Matcincang dan Gunung RayaMat Sirat yang cuba meleraikan pergaduhan itu gagal sehingga bertukar rupa menjadi bukit yang puncaknya terbelah dua iaitu Padang Matsirat sekarang.

Dataran Helang & Kampung Kristal


Dataran Helang merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau LangkawiMalaysia. Ia merupakan patung helang setinggi 12 meter yang menggambarkan Lang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung Lang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di pulau ini.
Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal “Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah di zaman Melayu purba.
Pada malam, seluruh dataran diterangkan dengan lampu. Dari laut, panorama adalah menakjubkan. Suasana malam sungguh menggasyikkan dengan cahaya lampu daripada kapal yang berlabuh.



Kampung Kristal di Pulau Rebak, selatan Langkawi yang diusahakan oleh Langkawi Crystal Sdn Bhd, pengeluar tunggal barangankristal Malaysia akan menjadi tarikan pelancong ke Pulau Langkawi. Pengarah urusannya ialah Abdoul Rahman Abdullah .
Langkawi Crystal menjalinkan kerjasama dengan pengeluar-pengeluar kristal antarabangsa seperti China dalam usahanya untuk menjadi pusat kristal terulung di rantau ini.
Kerjasama strategik dengan pengeluar kristal antarabangsa diadakan bagi mengeluarkan produk yang lebih baik dan berkualiti menjelang pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (AFTA) pada 2003.
Langkawi Crystal perlu mengeluarkan produk berkualiti sekiranya ia mahu menjual jenamanya bagi memenuhi jangkaan permintaan pelanggan dalam dan luar negara.
Eropah Timur termasuk Jerman Timur adalah pengeluar utama tetapi kini China mula mendapat pengiktirafan bagi produk kristalnya.