SEJARAH
Mengikut cerita orang terdahulu, Pemerintahan Pulau Langkawi bertempat di Kampung Raja. Selepas kejadian pembunuhan Mahsuri atas perintah Datuk Kerma Wijaya, Pulau Langkawi telah diserang oleh pihak Siam. Pertempuran yang dahsyat sehingga mengorbankan Datuk Kerma Wijaya dan panglima-panglima yang hebat telah berlaku di Selat Berhala Balik yang kini merupakan selat jalan masuk ke Pelabuhan Kuah sekarang.
Melihat kepada keadaan yang tidak memihak kepada pihak Datuk Kerma Wijaya, beliau telah mengarahkan penduduk Langkawi supaya menanam beras simpanan yang ada agar tidak jatuh ke tangan pihak musuh. Kesan kekalahan itu telah menyebabkan beras simpanan yang ditanam itu telah terbakar. Kekalahan Datuk Kerma Wijaya dan kejadian beras terbakar dikatakan ada kaitan dengan Sumpahan Mahsuri.
Panduan Perjalanan
Selepas melalui pelbagai cabaran dan proses pembangunan, kini kawasan beras terbakar telah dipagar sebagai tanda letaknya tapak beras terbakar. Kawasan ini terletak di dalam kawasan tanah persendirian di kawasan Padang Mat Sirat. Untuk ke kawasan beras terbakar, anda perlu melalui kawasan bazar yang terdapatnya kedai-kedai kecil yang menjual pelbagai barangan seperti kain batik, produk berasaskan gamat dan cenderamata. Di penghujung laluan, akan kelihatan pintu masuk ke sebuah rumah Melayu tradisional. Sebaik melepasi pintu masuk, di sebelah kiri anda akan terletaknya tapak beras terbakar.
Kereta kabel Langkawi terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Kereta kabel ini mula dibuka kepada umum pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan kareta kabel di Switzerland.
Asalnya sistem pengurusan kereta kabel ini dikendalikan oleh Langkawi Cable Car. Namun kini, ia diselenggara dan diuruskan oleh Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB), iaitu anak syarikat milik penuh Syarikat Prasarana Negara Berhad. Sistem pengangkutan kereta kabel ini dibina dari April 2001 hingga Ogos 2004. Panjang keseluruhan kabel ialah 919.5 meter dan telah mencipta rekod Malaysian Book of Records.
CARA KE SANA
Dari Jeti Kuah, pengunjung boleh menyewa kereta (RM100 untuk Proton Saga) terus pergi ke Oriental Village di kaki Gunung Mat Chinchang. Jauhnya 30 minit dari pekan Kuah. Dari jauh lagi pengunjung berpeluang dapat melihat kereta kabel kelihatan terapung-apung tinggi di udara. Tiket dijual pada harga RM30.00 seorang untuk dewasa dan RM20.00 bagi kanak-kanak. Warganegara Malaysia dengan MyKad biasanya akan diberikan potongan harga khusus. Waktu operasi biasanya diantar pukul 9.30 am hingga 7.00 pm. Tidak ada perkhidmatan kereta kabel disediakan pada waktu malam. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa naik ke atas kerana akan mencemarkan alam sekitar terutama jika dibuang dari kereta kabel.
GONDOLA
Pengunjung akan diminta masuk ke dalam gondola yang mempunyai 6 tempat duduk. Gondola ini tidak berhenti, jadi pengunjung mesti segera menaikinya dalam tempoh masa yang sesuai. Gondola ini selamat digunakan dan tidak olang-aling atau berayun. Mungkin rasa gementar sedikit ketika tiba di menara pemindahan.
Gondola akan tiba di puncak pertama yang jauhnya 1700 meter dan tingginya 650 meter dari aras laut. Pengunjung boleh menikmati keindahan puncak bagaikan dari dalam sangkar burung garuda.
Kemudian sambung perjalanan lagi 450 meter panjang ke atas dengan kereta kabel lagi untuk puncak sebenar Gunung Mat Chinchang. Pengunjung akan dapat merasai perbezaan suhu, kelajuan angin, titis hujan, kabus dan kelaianan jenis pokok dari setiap ketinggian.
Di tengah-tengah perjalanan, janganlah pandang ke bawah jika rasa gayat. Walau bagaimanapun kareta kabel ini amat selamat kerana menggunakan teknologi Austria dan Switzerland.
Di puncak, terdapat pelantar tinjau dan lihatlah keindahan pemandangan Lautan Hindi dan Laut Andaman yang luas terbentang. Pulau-pulau di selatan Thailand juga jelas kelihatan dari sini.Pengunjung juga dapat menyaksikan pendekatan teknologi pembinaan titian gantung sepanjang 125 meter yang unik kerana alam sekitar tidak terjejas langsung atas pembinaan jambatan ini. Gunung batu kapur jelas menonjol. Suasana kemerahan semasa matahari terbenam beberapa minit di ufuk Lautan Hindi. Suhunya lebih sejuk 5' darjah berbanding suhu biasa.
TITIAN GANTUNG
Titian gantung kereta kabel Langkawi atau Langkawi SkyBridge merupakan salah satu daya tarikan yang unik di kompleks kereta kabel Langkawi. Ia siap dibina pada tahun 2004, titian gantung yang melengkung ini dibina diatas puncak Gunung Mat Chinchang. Dihubungkan dari stesen puncak, titian ini tergantung dari 82m tinggi dari tiang tunggal dan jarak dari tanah puncak adalah 100m. Titian ini unik kerana, walaupun ia tergantung tetapi ia hanya dipaut oleh tali-tali yang dinat kemas oleh sebatang tiang penahan. sealain itu, strukturnya yang melengkung dilereng puncak tanpa menjejaskan tumbuhan-tumbuhan semulajadi dibawahnya.
Panjang titian gantung ini ialah 125m sekaligus menjadikan ia diantara struktur jambatan tergantung melengkung yang terpanjang didunia.
Kaedah pembuatan jambatan/titian ini dilihat agak sukar kerana melibatkan beberapa elemen kritikal diantaranya; mengimbangkan struktur jambata panjang yang melengkung di lereng puncak dengan hanya berpautkan pada beberapa tali keluli yang disandarkan pada tiang tunggal. Selain itu, ia melibatkan pengurusan berat yang optimal, pengedaran bahan-bahan pembinaan dan perancangan dan pemetaan tapak kukuh. Uniknya, semua kerja-kerja penghantaran bahan pembinaan ke puncak gunung hanya melibatkan helikopter sebagai medium pengangkutan dan pemindahan utama sehinggalah jambatan berjaya disiapkan sepenuhnya
Muzium Sains
Bangunan bawah mempamerkan pelbagai batuan zaman Cambrian. Terdapat pelbagai gambar yang penerangan yang menarik.
Oriental Village
Tapak Oriental Village ini terdapat 30 rumah mengikut kebudayaan dunia. Antaranya rumah gaya Jepun di mana pengunjung akan dilayan oleh pelayan berpakaian kimono, makan atas meja Jepun, sushi, sake dan lain-lain makanan. Panorama dibina bagi melahirkan rasa santai seakan-akan bersama geisya di kaki Gunung Fuji. Di hadapannya ada tasik yang penuh dengan bunga teratai dan jambatan lengkung di Jepun.
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) mahu menjadikan Oriental Village sebagai zon fesyen sedunia. Tapak perkhemahan sedang disediakan di tepian sungai untuk pelancong yang ingin, menikmati keindahan kaki Gunung Mat Chinchang.
Denai hutan
Denai hutan juga disediakan kepada mereka yang mempunyai kekuatan fizikal. Trail hutan ini dari Air Terjun Telaga Tujuh berhampiran kaki Gunung Mat Chinchang. Sepanjang trail ini, pokok-pokok telah ditandakan supaya pendaki tidak sesat barat. Kem Saintis dan Kem Mat Pauh boleh digunakan untuk berehat dan berkhemah.
Telaga Tujuh
Dari kereta kabel, pengunjung dapat melihat tujuh buah air terjun di kaki bukit. Airnya putih jernih, mengalir bertingkat-tingkat atau bertangga-tangga.
http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/04/kepribadian-ini-akan-buat-siapa-saja.html
ReplyDeleteQQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | TAIPANQQ .VEGAS |
-KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
• BandarQ
• AduQ
• Capsa
• Domino99
• Poker
• Bandarpoker.
• Sakong
• Bandar66
Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
customer service kami yang profesional dan ramah.
NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
• WA: +62 813 8217 0873
• BB : D60E4A61
• BB : 2B3D83BE
Come & Join Us!